Pakej Travel Bajet: June 2016

Tips Cuti Bajet ke Pulau Langkawi Kedah

Tips Cuti Bajet ke Pulau Langkawi Kedah


Harini tergerak hati saja nak share percutian bajet ke Pulau Langkawi. I know uolls semua dah pernah jejak sana tapi ni saja nak bagi tips dekat theyolls yang masih berkira-kira nak pergi pulau yang penuh lagenda iaitu Pulau Langkawi.

Pengangkutan

1. Flight
- Bagi yang nak selesa lagi tak nak penat boleh pilih pengangkutan flight. Tips nak jimat? Silalah book awal-awal ya kalau boleh 6 bulan sebelum, pastu jangan sibuk gatal nak pilih hot seat sangatlah sebab bukan lama pun perjalanan dan kalau boleh jangan pilih masa cuti sekolah sebab kebarangkalian nasib untuk dapat tiket murah sangat limited. Kalau dapat pun maybe salah sorang ahli keluarga akan tercampak ke kerusi depan ada yang dok belakang..macam iolls dulu sensorang dok sebelah famili Thailand, sedihhh book tiket lambat lagi kannn tu la nasib. Pastu tokseh rajin sangat dehh nak checkin bagasi sangat..guna backpack terus bawak naik atas flight sudah jimat pun jimat dekat situ.

Dari segi jenama flight pula, haha jenama kaww kerlasss...kalau nak murah boleh pilih Firefly/AirAsia. Malindo Air iolss tak sure berapa. Nak senang kasi tengok semua tiket flight ke Pulau Langkawi, nah pergi checkout harga tiket flight dekat SKYSCANNER . Dan kalau bernasib baik dapatlah tiket rege serendah RM 9.90! Tapi aku selalu tak bernasib baik :(

2. Bas
- Ini memang jimat tak payah fikir ongkos minyak kereta dan tol bagai. Bayar tiket bas saja nak ke jeti Kuala Perlis, nak sampai Kuala Kedah pun boleh. Tapi kalau nak bajet naiklah bas sampai ke Kuala Perlis sebab jimat duit feri dan masa. Untuk Ongkos tiket tak sure pula berapa tapi rasanya boleh check di E-TicketMY

3. Feri
- Bila dah naik bas mestilah naik feri kan..takkan bas nak redah laut pergi Pulau Langkawi pulak, haish jangan buat kijer oiii. Berikut merupakan harga tiket feri dari Kuala Perlis/Kuala Kedah.

dan perjalanan masa feri boleh KLIK SINI


Penginapan

1. Hotel/Motel
- Boleh cari hotel murah-murah di laman web Booking.com / Agoda. Tapi macam aku prefer dengan Booking.com sebab dah terbiasa dan kalau nak recommended by me aku sarankan korang ambil Hotel Penarak Bamboo. Kenapa? Sebab dah tentulah owner dia Melayu, hotel sangat murah dan selesa, ada restoran di dalamnya yang sangat eksklusif! Yes, kami 1 famili agak kesal sebab sepanjang 4 hari 3 malam di sana, malam terakhir baru kami tahu hotel tersebut mempunyai restoran makanan laut betul2 tepi laut yg sangat eksklusif sedangkan hotel biasa2 je..hihi. Penarak Bamboo pun ada khidmat sewa kereta ya chuols...nanti iolls cerita kat part lain.

2. Chalet
- Ini tak payah nak book dekat Booking.com/Agoda sangatlah kan. Korang sampai je Pulau Langkawi, memang bersepah chalet-chalet murah untuk traveller yg sememangnya nak berjimat masa travel dan selalunya chalet2 macam ni mat2 dan minah2 salleh yang duduk sebab yelah dorang book pun untuk tidur dan bersihkan diri je dan selebihnya berjalan di sekitar Pulau Langkawi.

Kereta Sewa

1. Cari di Google
- Bersepah ya anak-anak khidmat kereta sewa Pulau Langkawi di Google. Tapi perlu hati-hati dan perlu survey dan compare. Agak memeningkan kepala tapi itulah harus dilakukan jika nak save bajet!
Tips aku untuk kereta sewa ni, 1st tak payahlah nak berlagak nau pilih kereta Honda City,Vios,segala jenama mewah bagai yang dioffer bazir karen wehh. Cari yang murah dan selesa itu dah cukup kecuali kalau korang datang bercuti in a group, maybe bolehlah kot nak sewa NazaRia/Alphard bagai.

2. Provide by Hotel
- Masa kitorang pergi Pulau Langkawi last year, kitorang sangat bertuah sebab dapat hotel yang tahu akan keperluan kitorang. Bayangkan, baru je confirm book bilik Penarak Bamboo di Booking.com, automatik terus dapat call dari Penarak Bamboo offer kereta sewa. Finally kitorang dapat kereta Nissan Sentra baik punya enjin untuk 4 hari 3 malam dengan harga RM 210 sahaja. Kau rasa? Jimat tak? Kereta lawa jimat lagi. Kitorang survey tempat lain if sewa kereta untuk 4 hari, RM 5xx okay kalau cuti sekolah.

3. Kaunter Sewa Kereta
- Tak payah pening kepala, kasi sampai dulu kat Pulau Langkawi baru cari kereta sewa. Biasanya kalau naik flight masuk je terminal korang akan nampak bersusun kaunter sewa kereta. Banyak sangat dan masa ni korang boleh buat pilihan tengok mana yang murah mana yang okay mana yang tak tapi kebiasaannya mereka akan offer ikut bajet korang. Kalau naik feri pun ada juga khidmat kereta sewa bersepah kat jeti Pulau Langkawi, so dont worry ya.

4. Teksi





Makanan

Rasanya tak perlu kot nak cakap pasal topik ini sebab semua makanan dekat Pulau Langkawi semua murah-murah dan sedap-sedap :) Saranan aku, tempat wajib korang mesti pergi is tempat lori Laksa Power dan Cendol tepi airport kalau ada masa serious sangat mabeles! Nyumnyum!

Tempat Melawat dan Rege Tiket

So bila dah datang Pulau Langkawi adalah menjadi satu kewajiban untuk korang melawat tempat kawasan sekitarnya. Antara tempat yang best di Pulau Langkawi adalah:

- Makam Mahsuri : RM 7/dewasa
- Beras Terbakar : FREE
- Galeri Tun Dr Mahathir : RM 10/dewasa & RM 4/kanakanak
- Cable Car : RM 15/dewasa & RM 10/kanakanak (sila tunjuk MYkad)
- Langkawi Wildlife Park : RM 15/dewasa & RM 10/kanakanak (sila tunjuk MYkad)
- Underwater World : from RM 18 (sila tunjuk MYkad)

Kalau datang ke Pulau Langkawi jangan lupa buat 2 aktiviti ini iaitu:

- Maingrove di Kilim Geoforest Park
- Island Hoping di Tasik Dayang Bunting

Boleh rujuk harga per boat DI SINI . Masa aku pergi dengan famili dulu kitorang tempah 1 bot terus RM 250 untuk maingrove sekitar Kilim Geoforest Park so kitorang jela yang memenuhi tempat tersebut walaupun 5 orang je okay..huhu.

Untuk shopping pula, jangan lupa shopping di:

- Wisma Hj Ismail Group
- Idaman Suri
- Kedai-kedai di sekitar Pekan Kuah


Rasanya itu sajalalah untuk percutian bajet ke Pulau Langkawi. So bagi mereka yg nak try-try bercuti dengan kawan-kawan boleh lah mencuba ya. Selamat bercuti :)

Credit to :- http://sweetsyaza.blogspot.my/