Pakej Travel Bajet: 4 Aktiviti Menarik di Koh Lipe, Thailand

4 Aktiviti Menarik di Koh Lipe, Thailand

 
 
Koh Lipe terletak di daerah Satun, Thailand dan ia merupakan pulau yang terletak di Laut Andaman. Kedudukannya amat hampir dengan Pulau Langkawi dan boleh juga masuk ke pulau ini dari situ. Namun kebiasaannya pulau ini dimasuki melalui Pakbara, Thailand dan tambang botnya lebih murah.
 
Pulau kecil dan terkenal di kalangan diver ini sangat indah dan warna air laut yang biru sungguh menenangkan. Ada enam aktiviti yang boleh kami cadangkan untuk anda lakukan di sini.
1. Island Hoping & Snorkeling
 
Ada beberapa pakej ditawarkan di Koh Lipe. Pakej-pakej ini bergantung dengan pulau-pulau yang ingin dilawati. Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di pulau-pulau tertentu.
 
 
 







 
 
2. Berkayak Sambil Melihat Keindahan Matahari Terbenam.
 


 
3.Santai-Santai Bersama Kawan @ Family di Pantai Yang Indah Di Koh lipe


 
 
 
4. Walking Street
  • Walking Street di Koh Lipe memang hidup dan meriah, terutamanya pada waktu malam. Di sini suasananya seperti uptown. Kedai-kedai yang menjual cenderahati, pakaian, barangan snorkel dan menyelam, restoran-restoran, 7Eleven, pub dan bar, rumah urut, spa, klinik dan farmasi semuanya terdapat di sini.
  • Anda mungkin akan membeli belah di sini walaupun anda tiada niat nak membeli. Ada beberapa ATM di Walking Street. Bersiap sedialah mengeluarkan duit.


4. Jalan-jalan Cari Makan
  • Thailand terkenal dengan makanannya yang sangat sesuai dengan tekak Asia seperti kita. Apalagi orang Malaysia yang gemar makanan pedas.
  • Antara menu yang saya cuba dan tak dapat lupakan rasanya yang hebat itu adalah tomyam putih, pulut mangga, pad Thai, siakap stim limau, pancake beraneka rasa dan aiskrim kelapa. Makanan-makanan ini adalah wajib untuk anda cuba.
  • Ramai juga yang makan ikan, sotong, udang dan ketam bakar. Saya tidak berkesempatan merasa semua makanan itu kerana bajet yang diperuntukkan adalah terhad. Jika anda ada wang lebih, apa salahnya.
  • Café yang berasaskan kopi juga sangat menarik untuk dicuba. Ramai warga Eropah yang membuka pub, bar, kedai kopi dan restoran di sini. Oleh itu, tiada masalah untuk mendapatkan makanan barat di sini.


Nak info tentang pakej ? http://www.travelbajet.com/2017/10/koh-lipe-3hari-2malam-rm599.html

No comments:

Post a Comment